Friday, June 14, 2019

Beli tanah nilai rm400k tapi bayar rm185k

Kenapa saya nak ajak agen morha buat koperasi? Gini kesahnya...

Beberapa tahun lalu saya beli tanah setengah ekar berharga rm50k. Saya diberi tempoh 1-2 hari untuk sediakan wang.

Alhamdulillah saya sempat jadi pemilik kebun getah itu selama 3 tahun.

Selepas 3 tahun saya jual pada harga rm130k. Untung rm80k. Setelah ditolak cukai dll ada baki rm50-60k.

Sebahagian hasil jualan rm130k itu saya guna untuk beli tanah lain yang lebih luas dan tinggi nilainya.

Sebelum saya cari pembeli untuk tanah tadi saya dah dapat sebidang tanah hampir 1 ekar pada harga rm185k.

Asalnya tuan tanah letak harga rm230k pada seorang doktor.

Apabila loan doktor muda itu ditolak, ditawarkan pula pada saya cuma rm200k. Akhirnya kami bersetuju rm185k.

Ketika proses pertukaran nama berjalan saya dimaklumkan oleh bahagian penilaian, tanah itu sebenarnya bernilai rm400k kerana telah ditukar status.

Wah, tanah yang saya bayar rm185k itu rupa²nya bernilai rm400k.

Berapa harga yang pemiliknya bayar masa beli dulu?

Sebenarnya pemilik tanah lot itu adalah sebuah koperasi keluarga. Saya dimaklumkan bahawa tanah itu dulu dibeli dengan harga rm15k sahaja.

Saya harap anda dah dapat jawapan pada soalan awal tadi.

Misi koperasi morha
Kalau nak untung besar dan kaya raya, tubuhlah syarikat. Koperasi bukan untuk itu. Ia beri fokus pada sosial dan kebajikan ahli.

Konsep asas koperasi ialah kerjasama. Macam main kutu. Dalam sistem kutu melayu, jika kita simpan rm50 sebulan bersama 9 orang lain, kita akan dapat jumlah wang kita sendiri iaitu rm500.

Apa kebaikan kutu? Ia hanya mengawal sikap kita untuk berdisiplin dalam menabung.

Target koperasi morha
Saya selalu berfikir betapa yang terlibat dalam  menjayakan minyak morha itu ramai. Malah ramai agen yang lebih gigih daripada saya.

Namun berapa orang yang akan jadi kaya? Pengedar atau peruncit tidak mungkin jadi jutawan dengan hanya menjual minyak morha sikit².

Sekitar 1990an ia menjadi mungkin dengan adanya sistem MLM. Namun MLM sudah ditolak oleh masyarakat zaman sekarang.

Maka saya mendapati kaedah terbaik ialah dengan mengajak agen morha bekerjasama membina perniagaan dan terlibat dalam penyediaan modal.

Aktiviti perniagaan tidak harus terhad dalam menjual minyak morha kepada pengguna semata².

Hasil bacaan dan pemerhatian saya dapati bisnes paling menguntungkan ialah hartanah. Rasanya semua irang kaya di dunia ini terhasil dari bisnes berkaitan hartanah.

Ternyata pengalaman saya sendiri membuktikan melalui hartanah kita cepat membuat keuntungan dan dalam jumlah yang banyak. Berbaloi dan lumayan.

Masalah utama yang hampir semua agen morha hadapi ialah modal.

Melalui koperasi masalah ini dapat diatasi. Masing² keluar modal seorang sikit, sedikit². Wang tersebut diselia oleh SKM (suruhanjaya koperasi) mengikut undang². Jadi tak perlu bimbang wang pelaburan hilang. Semua direkod, diaudit,  dan dipantau pihak berkuasa.

Harapan kita selepas 10-15 tahun ahli atau anak² kita ada sebidang tanah atau rumah sendiri yang sederhana tapi tidak membebankan perbelanjaan.

Bayangkan jika tanah yang kita beli secara berpakat 2019 berharga rm20k (sebab kita beli di bawah harga sebenar),  10 tahun lagi dah bernilai rm100k.  Jika kita istiqomah beli dan kumpul sikit² Insyaallah jika kita jual 10 tahun lagi,  dah ada sejumlah wang tunai untuk hari tua.

60194402211 cheguman

Saturday, October 27, 2018

Bernilai tinggi Bukit baru, melaka

Tanah cantik, lokasi pun cantik. Simpang masuk ke perumahan mewah Bukit Baru Damai.

(bagi yang biasa situ, dulu ada warung rojak popular di depannya)


Tepi jalan Bukit Baru-Duyong


Keluasan: >17000 kaki persegi (hampir setengah ekar)

Harga tawaran: rm350,000

Hubungi +60194402211

Atau klik sini boleh whatsapp saya terus

Sunday, September 30, 2018

Rezeki terpijak, tanah murah di bandar melaka

Ini maklumat baru diterima. Belum sempat upload gambar dan maklumat lain.

Lot rumah memang murah:
 Lokasi: belakang Melaka Mall (dulu dikenali sebagai Kotamas, berdepan Jaya Jusco).
Harga: rm150k (boleh bincang)
Luas: anggaran 600 kaki persegi

Sebab jual:
Pemilik telah meninggal dunia dan tiada pewaris.

Hubungi +60194402211

Klik sini boleh whatsapp untuk pertanyaan

kebetulan Hj Besoi adalah bersaudara dengan almarhum). Boleh bincang terus dengan beliau.

Friday, August 24, 2018

Bunglow mampu milik

Jangan tak percaya anda boleh milikinya dengan modal tak sanpai rm200k.


Menggunakan bahan binaan hasil teklnologi terkini, IBS.


Tempoh masa binaan yang jauh lebih singkat berbanding bahan konvensional.


Kalau dah ada tanah sendiri, boleh terus buat. Jika belum ada tanah, jangan bimbang. Banyak pilihan dan ada cara tanpa perlu keluar wang tunai sesenpun. Insyaallah.

Lokasi: seri medan, johor.
Posisi: dalam kampung.
Keluasan: 2 tingkat dengan 5 bilik.

Untuk urusan jual-beli tanah secara langsung boleh jumpa Hj Besoi 0194102211 (Melaka). Lebih 25 tahun pengalaman dalam hartanah.

Tanah rm400k bayar cuma rm180k


Kami beli tanah ini 2 tahun lepas pada harga rm180k guna loan kerajaan.

Ketika proses jual beli hampir selesai saya dihubungi pejabat peguam supaya menambah duit cukai sebab nilai tanah ini sebenarnya ialah rm400k, status bangunan.

Nampaknya belum bayar pada tuan asal saya sudah untung lebih rm200k.

Alhamdulillah.

Lokasi: ayer molek melaka.
Luas: hampir 1 ekar
Status: pembangunan
Posisi: hampir taman perumahan
Nilai komersial akan datang: lebih rm700k.

Insyaallah.

Untuk urusan jual-beli tanah secara langsung boleh jumpa Hj Besoi 0194102211 (Melaka). Lebih 25 tahun pengalaman dalam hartanah.

Hj Besoi lebih 25 tahun jual beli tanah


Hj Mohamad@Besoi adalah mertua saya. Lebih 25 tahun aktif dalam jual beli tanah.

Pelanggannya terdiri orang perseorangan dan syarikat kecil/besar. Beliau biasa uruskan tanah untuk pembinaan hypermarket bernilai ratusan juta ringgit.

Gambar di atas ialah rumah yang disiapkan di atas tanah yang diuruskan pembeliannya oleh beliau.

Pemiliknya seorang kerani sekolah/anggota tentera.

Tapak rumah: rm150k
Rumah: rm250k
Lokasi: tambak paya, melaka.
Posisi: tanah lot dikelilingi taman perumahan. Bahkan pagarnya bersambung dengan pagar rumah orang taman.

Kalau dibandingkan dengan rumah taman yang paling murah pun boleh mencecah rm700k tanpa laman dan ruang bercucuk tanam.

Alhamdulillah.

Untuk urusan jual-beli tanah secara langsung boleh jumpa Hj Besoi 0194402211 (Melaka). Lebih 25 tahun pengalaman dalam hartanah. 

Untuk Whatsap klik sini untuk bertanya terus

Thursday, August 23, 2018

Jual beli hartanah berpengalaman


Kami di Morha tidak mencuba-cuba. Bagi kami wang pelanggan bukan untuk dicuba.

Maka kami hanya menawarkan produk dan perkhidmatan yang telah dikenalpasti memberi manafaat pada pengguna, insya-Allah.

Dalam bidang hartanah ini kami menampilkan seorang pengurus yang mempunyai pengalaman lebih 25 tahun menjalankan perniagaan jual beli tanah dan rumah berskala kecil, sederhana, dan besar.

Pengalaman beliau dalam menguruskan peruncitan rumah dan tanah kepada individu berpendapatan rendah dan sederhana adalah satu kelebihan memandangkan di situlah duduknya pengguna yang memerlukan.

Salam hormat dari saya yang juga funder Morhabshi dan Morha Marketing.

Moga kita sama-sama beroleh kebaikan daripada Allah taala. Akhirat tujuan kita.

Cheguman.

Untuk urusan jual-beli tanah secara langsung boleh jumpa Hj Besoi 0194402211 (Melaka). Lebih 25 tahun pengalaman dalam hartanah.

Boleh klik whatsapp personal