Friday, June 14, 2019

Beli tanah nilai rm400k tapi bayar rm185k

Kenapa saya nak ajak agen morha buat koperasi? Gini kesahnya...

Beberapa tahun lalu saya beli tanah setengah ekar berharga rm50k. Saya diberi tempoh 1-2 hari untuk sediakan wang.

Alhamdulillah saya sempat jadi pemilik kebun getah itu selama 3 tahun.

Selepas 3 tahun saya jual pada harga rm130k. Untung rm80k. Setelah ditolak cukai dll ada baki rm50-60k.

Sebahagian hasil jualan rm130k itu saya guna untuk beli tanah lain yang lebih luas dan tinggi nilainya.

Sebelum saya cari pembeli untuk tanah tadi saya dah dapat sebidang tanah hampir 1 ekar pada harga rm185k.

Asalnya tuan tanah letak harga rm230k pada seorang doktor.

Apabila loan doktor muda itu ditolak, ditawarkan pula pada saya cuma rm200k. Akhirnya kami bersetuju rm185k.

Ketika proses pertukaran nama berjalan saya dimaklumkan oleh bahagian penilaian, tanah itu sebenarnya bernilai rm400k kerana telah ditukar status.

Wah, tanah yang saya bayar rm185k itu rupa²nya bernilai rm400k.

Berapa harga yang pemiliknya bayar masa beli dulu?

Sebenarnya pemilik tanah lot itu adalah sebuah koperasi keluarga. Saya dimaklumkan bahawa tanah itu dulu dibeli dengan harga rm15k sahaja.

Saya harap anda dah dapat jawapan pada soalan awal tadi.

Misi koperasi morha
Kalau nak untung besar dan kaya raya, tubuhlah syarikat. Koperasi bukan untuk itu. Ia beri fokus pada sosial dan kebajikan ahli.

Konsep asas koperasi ialah kerjasama. Macam main kutu. Dalam sistem kutu melayu, jika kita simpan rm50 sebulan bersama 9 orang lain, kita akan dapat jumlah wang kita sendiri iaitu rm500.

Apa kebaikan kutu? Ia hanya mengawal sikap kita untuk berdisiplin dalam menabung.

Target koperasi morha
Saya selalu berfikir betapa yang terlibat dalam  menjayakan minyak morha itu ramai. Malah ramai agen yang lebih gigih daripada saya.

Namun berapa orang yang akan jadi kaya? Pengedar atau peruncit tidak mungkin jadi jutawan dengan hanya menjual minyak morha sikit².

Sekitar 1990an ia menjadi mungkin dengan adanya sistem MLM. Namun MLM sudah ditolak oleh masyarakat zaman sekarang.

Maka saya mendapati kaedah terbaik ialah dengan mengajak agen morha bekerjasama membina perniagaan dan terlibat dalam penyediaan modal.

Aktiviti perniagaan tidak harus terhad dalam menjual minyak morha kepada pengguna semata².

Hasil bacaan dan pemerhatian saya dapati bisnes paling menguntungkan ialah hartanah. Rasanya semua irang kaya di dunia ini terhasil dari bisnes berkaitan hartanah.

Ternyata pengalaman saya sendiri membuktikan melalui hartanah kita cepat membuat keuntungan dan dalam jumlah yang banyak. Berbaloi dan lumayan.

Masalah utama yang hampir semua agen morha hadapi ialah modal.

Melalui koperasi masalah ini dapat diatasi. Masing² keluar modal seorang sikit, sedikit². Wang tersebut diselia oleh SKM (suruhanjaya koperasi) mengikut undang². Jadi tak perlu bimbang wang pelaburan hilang. Semua direkod, diaudit,  dan dipantau pihak berkuasa.

Harapan kita selepas 10-15 tahun ahli atau anak² kita ada sebidang tanah atau rumah sendiri yang sederhana tapi tidak membebankan perbelanjaan.

Bayangkan jika tanah yang kita beli secara berpakat 2019 berharga rm20k (sebab kita beli di bawah harga sebenar),  10 tahun lagi dah bernilai rm100k.  Jika kita istiqomah beli dan kumpul sikit² Insyaallah jika kita jual 10 tahun lagi,  dah ada sejumlah wang tunai untuk hari tua.

60194402211 cheguman